10 Kedai Bunga Terbaik di KL 2024

10 Kedai Bunga Terbaik di KL

Bunga-bungaan mempunyai suatu elemen yang boleh membuat seseorang berasa istimewa dan lebih baik dengan pantas. Ia juga merupakan salah satu hadiah yang boleh diberi pada saat-saat yang sedih yang boleh membuat penerima berasa tenang. 

Dengan semua ‘superpower’ yang ia punyai, tidak hairanlah terdapat banyak kedai bunga di KL yang sedia membantu anda meluahkan perasaan anda dengan bunga-bungaan dan hadiah-hadiah menarik, tidak kira dalam apa jua situasi. 

Dengan teknologi, anda juga tidak perlu meninggalkan rumah anda untuk menghantar jambangan bunga. Kebanyakkan kedai bunga di KL kini menyediakan servis pesanan dalam talian dan perkhidmatan penghantaran yang mudah dan pantas. 

Tetapi, jika anda seperti saya, dan lebih gemari pengalaman melihat, menghidu dan memilih bunga untuk disusun sebelum dihantar atau dihadiahkan, anda boleh memilih beberapa kedai bunga di bawah yang sudah saya lawati! 

Artikel ini mengandungi 10 kedai bunga terbaik di KL yang menggabungkan pengalaman membeli dan menempah bunga dalam talian dan secara langsung! Saya berharap ia dapat membantu anda memilih jambangan bunga yang terhebat buat yang tersayang!

10 Kedai Bunga di KL yang Segar dan Murah

  1. Teratai Floral
  2. BloomThis 
  3. Anne Mikhaeel Florist and Balloons
  4. Floratorie.co
  5. Petals2U Florist
  6. Luseary Flower
  7. Mekar Malaysia
  8. Maison des Roses
  9. Bloom2u Florist
  10. LVLY Florist

1. Teratai Floral

Teratai Floral

Teratai Floral terletak di Seksyen 20, Shah Alam dan sudah pun beroperasi untuk 23 tahun! Kalau anda mencari kedai bunga yang boleh dipercayai, anda boleh singgah di sini. 

Kedai bunga murah KL ini mempunyai pelbagai jenis  bunga-bungaan yang boleh anda pilih. Tetapi, keistimewaan mereka semangnya gubahan bunga mereka yang menarik dan cantik. 

Bukan itu sahaja, malah kedai bunga KL ini juga boleh mencipta gubahan bunga yang termasuk buah-buahan, kad ucapan dan hadiah unik yang boleh disertakan bersama gubahan bunga yang anda mahu. 

Untuk yang mahu memberi kejutan istimewa buat yang tersayang, Teratai Floral menawarkan perkhidmatan penghantaran pada hari yang sama. Hubungi mereka untuk mengatur penghantaran ke lokasi anda. 

Waktu Operasi

Setiap Hari: 10:00 AM – 8:30  PM

Nombor Telefon

03-5545 2708

Instagram

https://www.instagram.com/terataifloral/ 

2. BloomThis

bloom this

Ditubuhkan pada 2015, BloomThis agak terkenal sebagai salah satu kedai bunga KL  yang terulung di Malaysia. Mereka menawarkan pelbagai jenis gubahan bunga untuk pelbagai jenis majlis. 

Salah satu keistimewaan mereka adalah konsep langganan bunga untuk menghantar bunga secara konsisten kepada yang tersayang. Mudah kan? Anda hanya perlu membeli langganan bulanan mereka untuk menerima bunga-bungaan setiap minggu.

BloomThis juga menawarkan produk lain seperti tumbuhan hidup atau produk pencuci mulut yang boleh digabungkan bersama-sama jambangan bunga pilihan anda. 

Kedai bunga murah ini beroperasi sepenuhnya dalam talian jadi anda boleh menghantar bunga pada bila-bila masa. Servis penghantaran mereka boleh menghantar pada hari yang sama anda membeli bunga, tetapi hanya terhad kepada lokasi di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Waktu Operasi

Penghantaran setiap hari: 9:00 AM – 2:00  PM, 6:00 PM – 9:00  PM 

Nombor Telefon

+60162992263

Laman Web 

https://bloomthis.co/ 

3. Anne Mikhaeel Florist and Balloons

Anne Mikhaeel Florist and Balloons

Terletak di TTDI, Anne Mikhaeel Florist and Balloons adalah salah satu kedai bunga KL yang popular yang menjual bunga segar dan belon. 

Pilihan dan gubahan bunga mereka ternyata sangat popular. Tetapi, keistimewaan kedai bunga ini adalah layanan mesra pelanggan mereka yang selalunya meraih penilaian lima bintang dari kebanyakkan pelanggan. 

Oh, bukan itu sahaja! Mereka juga menawarkan servis gubahan belon untuk hari istimewa anda! 

Tidak kira sama ada anda inginkan bunga-bungaan atau belon untuk dijadikan hiasan, perkhidmatan penghantaran disediakan dan boleh dihantar pada hari yang sama. Kami mengesyorkan anda untuk menghubungi mereka terlebih dahulu untuk servis penghantaran. 

Waktu Operasi

Sabtu – Isnin: 10:00 AM – 7:00 PM,
Selasa – Jumaat: 10:00 PM – 10:00  PM 

Nombor Telefon

011-1111 2002 

Laman Web 

https://anne-mikhaeel-gallery.business.site/?utm_source=gmb&utm_medium=referral 

4. Floratorie.co

Floratorie.co

Bagi penggemar kafe dan bunga-bungaan, Floratorie.Co mungkin adalah salah satu kedai bunga KL yang menawarkan kedua-duanya di satu tempat! Anda boleh menikmati pelbagai jenis kopi, kek dan pastri di sini. Unik kan?

Walaupun keistimewaan mereka adalah gabungan kafe dan kedai bunga, tetapi kedai bunga ini mempunyai suatu lagi keunikan iaitu, ia juga menawarkan kelas-kelas gubahan bunga pada sesiapa yang berminat. 

Perkhidmatan penghantaran juga tersedia untuk anda tetapi terhad kepada kawasan Petaling Jaya dan Kuala Lumpur sahaja. Kami mengesyorkan anda untuk berhubung terus dengan Floratorie.co untuk sebarang perkhidmatan penghantaran.

Waktu Operasi

Selasa – Sabtu: 10:00 AM – 6:00 PM,
Ahad: 10:00 AM – 3:00  PM 

Nombor Telefon

012-651 5567 

Instagram

https://www.instagram.com/floratorie.co/?hl=en 

5. Petals2U Florist

Petals2U Florist

Jika anda tinggal di kawasan Sungai Buloh, sudah tentu nama Petals2U Florist adalah terkenal sebagai kedai bunga KL murah yang terulung di kawasan tersebut. 

Kedai bunga ini terkenal kerana kepelbagaian pilihan yang anda boleh dapati untuk menggubah jambangan anda tersendiri. Selain itu, anda juga boleh melawati laman web mereka untuk membeli jambangan bunga yang digubah bersama buah-buahan, coklat dan banyak lagi hadiah-hadiah yang menarik. 

Promosi bulanan mereka juga menampilkan pakej pakej gubahan bunga bersama belon dan hadiah yang menarik yang boleh anda lihat pada laman web mereka. 

Kedai bunga murah ini juga menyediakan perkhidmatan penghantaran. Anda hanya perlu menghubungi mereka untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan penghantaran mereka. 

Waktu Operasi

Setiap Hari: 9:00 AM – 7:00  PM

Nombor Telefon

011-6417 9709

Instagram

https://www.instagram.com/floratorie.co/?hl=en 

6. Luseary Flower

Luseary Flower

Jika anda berada di kawasan Shah Alam, anda boleh melihat gubahan bunga-bungaan yang indah di kedai bunga Luseary Flowers. 

Kedai bunga KL ini menawarkan lebih daripada 10 jenis servis gubahan bunga termasuk servis-servis yang unik seperti jambangan bunga yang diawet dan set bunga-bungaan di dalam kotak kaca. Menarikkan? Ternyata ini adalah keistimewaan Luseary Flower! 

Perkhidmatan penghantaran juga tersedia buat anda yang terlalu sibuk! Hubungi Luseary Flower untuk mengatur servis penghantaran.

Waktu Operasi

Selasa – Sabtu: 10:30 AM – 7:30 PM,
Ahad: 10:30 AM – 5:30  PM 

Nombor Telefon

011-3323 2878

Laman Web 

https://www.lusearyflower.com/ 

7. Mekar Malaysia

Mekar Malaysia

Kalau anda berada di Cyberjaya dan sedang mencari untuk bunga-bungaan yang menarik untuk yang tersayang, singgah di kedai bunga Mekar Malaysia, Cyberjaya! 

Kedai bunga KL ini sememangnya popular dan reka bentuk dalamannya amat elegan dan mewah. Mereka mempunyai pelbagai pilihan bunga-bungaan dan hadiah untuk anda gabungkan. 

Tetapi, jika anda mahukan sesuatu yang berkekalan untuk selama-lamanya, anda boleh memilih jambangan bunga kering! Ya, mereka juga menjual jambangan bunga kering yang cantik dan minimalis dari segi estetik! 

Penghantaran adalah percuma jika anda membeli lebih daripada RM100 di kedai bunga ini, tetapi tertakluk kepada kawasan tertentu seperti yang disenaraikan pada laman web mereka. 

Waktu Operasi

Setiap hari :  9:00 AM – 6:00 PM

Nombor Telefon

013-533 5547

Laman Web 

https://mekar.my/kl/klstore/ 

8. Maison des Roses

maison des roses

Bersiap sedia untuk diterbangkan terus ke kota Paris dengan jambangan bunga yang indah ciptaan Maison des Roses. 

Sebagai salah satu kedai bunga terbaik di KL, bunga-bungaan dari Maison des Roses sememangnya luar biasa dan unik. Dengan menggunakkan kotak hitam yang elegen dan romantis, jambangan yang dicipta oleh kedai bunga ini sememangnya kelihatan mewah. 

Jika anda mencari sesuatu untuk yang tersayang atau mahu menghiasi ruang anda untuk acara yang elegan, gubahan bunga Maison des Roses patut menjadi pilihan anda. 

Kotak bunga mereka hanya dicipta mengikut tempahan anda, jadi mereka memerlukan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh penghantaran, untuk menyediakan pesanan anda. Hubungi Maison des Roses untuk mengatur perkhidmatan penghantaran atau memesan jambangan bunga yang unik. 

Waktu Operasi

Isnin – Jumaat : 9:000 AM – 8:00 PM,
Sabtu: 9:00 AM – 12:00  PM 

Nombor Telefon

0128866356

Laman Web 

https://www.maisondesroses.com.my/ 

9. Bloom2U

Bloom2U

Adakah anda sedang mencari sesuatu yang akan kekal untuk selama-lamanya tetapi anda tidak mahu bunga-bungaan kering? 

Anda patut melawat kedai bunga KL BLOOM2U yang bukan hanya menawarkan jambagan bunga segar! Mereka juga menawarkan gubahan bunga tiruan, korsaj perkahwinan dan haruman rumah yang diperbuat daripada bunga! 

Sememangnya, BLOOM2U terkenal sebagai kedai bunga tiruan dalam kalangan pelanggan mereka. Namun, gubahan bungaan lain untuk majlis perkahwinan dan hari jadi juga adalah kesukaan ramai pelanggan mereka. 

Anda juga boleh membeli jambangan bunga dalam talian daripada mereka dan gunakan servis penghantaran mereka untuk menghantarkannya ke mana sahaja anda perlu. Mudah kan? 

Waktu Operasi

Isnin – Sabtu : 9:000 AM – 6:30 PM

Nombor Telefon

03-7875 6262

Laman Web 

https://www.bloom2u.com/ 

10. LVLY

LVLY

Diasaskan di negara Australia, LVLY meraih popularitinya kerana mereka menawarkan servis penghantaran bunga-bungaan segar yang ditanam oleh pekebun tempatan. 

Kini, mereka sudah pun mengembangkan perniagaan mereka di Malaysia meliputi kawasan seperti Shah Alam, Petaling Jaya dan beberapa lokasi lagi. Keistimewaan mereka adalah jambangan bunga yang digubah dan dihantar di dalam balang mason yang anda boleh menggunakan semula. 

Balang mason dan kotak penghantaran mereka dicetak dengan mesej yang indah untuk penerimanya. Jadi, anda juga boleh memilih mesej-mesej tertentu apabila menghantar bunga-bungaan LVLY kepada yang tersayang. 

LVLY juga menawarkan penghantaran pada hari yang sama, tujuh hari seminggu – cuma pastikan anda membuat pesanan sebelum jam 5 petang!

Waktu Operasi

Penghantaran setiap hari

Nombor Telefon

03-9212 1051

Laman Web 

https://www.lvly.my/ 

Kesimpulan

Terdapat banyak cara untuk anda meluahkan perasaan anda kepada seseorang, terutamanya pada zaman sekarang. Namun, pemberian bunga adalah sesuatu yang sangat istimewa di mana ia boleh mencipta saat-saat indah yang tidak terkata untuk penerima. 

Walaupun terdapat pelbagai kedai bunga di KL yang menawarkan servis ini, saya berharap artikel ini dapat membantu anda mencari kedai yang terbaik dan membuat pilihan anda mengikut keperluan dan kehendak anda. 

Di antara 10 pilihan yang disenaraikan di atas, LVLY adalah kedai bunga pilihan saya yang paling saya gemari jika saya mahu menghantar bunga-bungaan dalam talian terutamanya apabila saya sibuk. Jika saya mempunyai masa pula, saya lebih gemari untuk memilih sendiri dari kedai bunga seperti Mekar Malaysia untuk memastikan jambangan tersebut mempunyai sentuhan peribadi saya. 

Saya berharap senarai kedai bunga terbaik di KL ini dapat membantu anda membuat pilihan yang terbaik untuk orang kesayangan anda!

Hide Bonus [X]
Maxim88 Banner